Sunday 27 March 2011

Menderita "TONSIL BENGKAK" Waaaaaaa :'(


Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah. Sudah beberapa hari aq bangun tidur dengan tekak yang sangat perit. Aq selalu menghadapi masalah tonsil bengkak ataupun tonsilitis. Ianya berlaku sekerap sebulan sekali.Apabila tekak sudah mula perit, Aq selalunya mempastikan minum air lebih 2 liter setiap hari dan minuman berais serta aiskrim memang tidak Aq sentuh kerana ianya akan menerukkan jangkitan. Aq memang agak sensitif dengan benda sejuk.

Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).
  • Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4-10 hari.
Tonsillectomy (removal of tonsil) pula biasanya dilakukan sekiranya jangkitan terlalu kerap dan berpanjangan.

Kesimpulannya, hari ni aq perlu beli lozenges.So hisap setiap 2 jam serta minum air kosong dengan banyaknya. Moga Allah berikan kesembuhan buat tekak aq. Ameen.


No comments:

Post a Comment