Tuesday 14 June 2011

Pencerapan Gerhana Bulan Penuh | Gerhana 100 minit

Sempena Gerhana Bulan Penuh yang akan berlaku pada 16 Jun 2011 ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara bermula jam 1:00am hingga 7:00am. Orang awam adalah dijemput hadir!

Beberapa buah teleskop akan disediakan untuk kegunaan orang awam yang ingin melihat fenomena tersebut dengan lebih dekat. Selain itu, aktiviti² lain yang akan diadakan; Taklimat Gerhana Bulan, Kuiz, Solat Sunat dan Khutbah Gerhana, dan Pencerapan Planet Mustari, Marikh dan Zuhrah.


Fenomena Gerhana Bulan Penuh kali ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dimana Bulan akan melewati pusat bayangan bumi dan peristiwa ini hanya pernah terjadi 11 tahun dahulu. Seterusnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh sebegini hanya akan berlaku pada 27 Julai 2018. Para saintis menganggarkan fasa Gerhana Bulan Penuh ini akan berlangsung selama 100 minit.

Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am - Bulan mula memasuki "Penumbra"
2.23 am - Bulan mula memasuki "Umbra"
3.23 am - Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am - Gerhana Maksimum
5.03 am - Bulan mula keluar dari "Umbra"
6.02 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
7.01 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Penumbra"

No comments:

Post a Comment